Alhamdulillah.. bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat kesihatan dan kecerdasan yang dikurniakan kepada kami untuk menulis dan mewujudkan blog sebagai tempat berkongsi tips dan panduan untuk menjadi muslimah berjaya.
"kami" menunjukkan bukan seorang. Kami adalah berdua. Elly dan Lyana. Kenapa berdua? tidak boleh seorang-seorang ke? berdua kan lebih baik.. tak gitu? Di sini kami akan ceritakan serba sedikit latar belakang kami dan bagaimana Elly Lyana Boutique ditubuhkan.
Elly dan Lyana telah berkawan sejak dari tingkatan 4 (2006) sehingga sekarang dan mempunyai impian yang sama iaitu memiliki butik pakaian muslimah. Selepas tamat pengajian, masing-masing bergerak sendiri dengan hala tuju masing-masing. Kemudian, Lyana mengemukakan idea untuk melantik Elly sebagai bisnes partner. Elly bersetuju dan terus proceed untuk menjayakan rancangan pembukaan Elly Lyana Boutique yang dinamakan hasil dari gabungan nama kami.
Elly Lyana Boutique diasaskan pada November 2015 oleh Elly dan Lyana.
Kami berdua membesar di tempat yang sama. Iaitu Banting, Selangor. Sama-sama bersekolah di SAM Unwanus Saadah Kanchong Darat. Kemudian, jodoh kami panjang dapat melanjutkan pengajian di peringkat Diploma di universiti yang sama iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Cuma bidang sahaja yang berlainan.
Elly atau nama sebenar adalah Siti Suhaili Bt. Hj. Ariffin. Mesra dengan panggilan Elly. Berusia 26 tahun (2015). Di peringkat diploma, Elly mengambil jurusan Usuluddin. Dan terus menyambung degree di universiti yang sama dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah).
Status: belum berkahwin.
Manakala, Lyana, nama sebenar adalah Siti Nurliana Bt Jaludin. Mesra dengan panggilan Lyana. Berusia 26 tahun (2015). Jika Elly mengambil jurusan Usuluddin, Lyana pula mengambil jurusan Pengajian Islam dengan Teknologi Maklumat. Kemudian, menyambung degree di Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan kepujian. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan seorang suami..
Itu la serba sedikit mengenai kami. Dengan harapan, content dalam blog ini menarik buat tatapan semua pembaca.
Itu la serba sedikit mengenai kami. Dengan harapan, content dalam blog ini menarik buat tatapan semua pembaca.
No comments:
Post a Comment