Assalamualaikum dan selamat datang..
Salam perkenalan dari kami.
Kenapa kami? Ini kerana Elly Lyana Boutique diasaskan oleh dua orang graduan universiti. Kami berkenalan ketika di tingkatan 4 (2006) dan berkawan baik sehingga sekarang. Selepas tamat pengajian di Universiti dalam bidang masing-masing, kami cuba mencari pekerjaan. Tapi minat mendalam dalam dunia perniagaan menyebabkan kami berniaga secara atas talian selama setahun. Perniagaan yang di bina atas talian kurang memberangsangkan kerana masing-masing tidak fokus. Why not kami bergabung sahaja. Berdua kan lebih baik.. Gituuuhhh... dua-dua pun minat fesyen dan suka menggunakan kreativiti ketika bekerja.
Maka, terhasillah Elly Lyana Boutique sempena nama kami.
1. Siti Suhaili (Elly), Ijazah Sarjana Muda Dakwah, UNISZA
2. Siti Nurliana (Lyana) Ijazah Sarjana Muda Kaunseling, USIM
Bila digabungkan jadi Elly Lyana Boutique.
Dengan Ijazah yang kami perolehi, kami yakin dapat memberi sesuatu kepada para muslimah di luar sana.
Nantikan tips-tips dan ilmu yang bakal kami share pada entri akan datang.
No comments:
Post a Comment